Thursday, 11 April 2013

KERANA SELIPAR

Aliq seorang remaja lelaki yang berusia 17 tahun dan bakal menduduki SPM . seorang yang lemah dalam pelajaran . walaupun begitu dia mudah mendapat kawan kerana rupa parasnya yang cantik . dia juga tidak mempunyai adik beradik dan juga seorang anak yatim piatu . dia tinggal bersama makcik nya yang jahat . setiap hari Aliq hanya makan sekali sahaja iaitu waktu malam . makcik nya pula sering keluar malam dan membawa masuk lelaki ke rumah sesuka hati . Aliq bekerja di warung di waktu petang kerana dengan cara itulah dia hidup . namun , hasilnya selalu dirampas oleh makciknya yang tamak itu . 

suatu hari yang panas pada musim cuti sekolah , Aliq berjalan-jalan di pekan . di suatu kedai , dia ternampak seorang lelaki tua yang kusut masai sedang membelek-belek harga sepasang selipar 'jepun'. Aliq melihat ke kaki orang tua tersebut . dia berkaki ayam dan mungkin hendak membeli selipar untuk dipakainya . Aliq hanya memerhati orang tua itu , namun selah lama membelek-belek harga selipar tersebut , orang tua itu beredar tanpa membelinya . Aliq menjadi hairan lalu menghampiri kedai tersebut . dia pun membelek harga selipar tersebut . hanya berharga rm1.20 sahaja. ' mungkin dia betul2 x mampu nak beli nii . kesian orang tua tu x pakai selipar ' kata Aliq dalam hati . Aliq pun beredar keluar dari kedai tersebut .

Aliq mengayuh basikalnya sekuat hatinya . rantai basikalnya agak keras kerana ianya basikal yang lama . Aliq melintasi sebuah kampung yang sedang mengadakan keamaian . Aliq pun singgah ke kampung tersebut . hatinya damai dengan kampung itu . sawah padinya sangat indah dan kehijauan . sedang dia mengayuh basikalnya , matanya tertumpu pada sebuah rumah yang agak usang di tepi sawah yang menghijau . matanya pula terpandang orang tua tadi yang dilihatnya di kedai . Aliq pun singgah ke rumah tersebut .

'' assalamualaikum pakcik .'' orang tua itu memandang ke belakang lalu menuruni anak tangga rumahnya. '' walaikumsalam . anak ni nak cari siapa ?'' sapa orang tua itu . ''nak cari pakcik laa ..'' jawab Aliq sambil tersengih . orang tua tu pun mengajak dia masuk kerumahnya tapi Aliq mencadangkan untuk duduk di pangkin sahaja .
'' atok , saya Aliq ,. tadi saya nampak atok kat kedai tadi macam nak beli selipar jepun . tapi nape atok tak beli ?'' Aliq mengutarakan soalan yang membelenggunya sejak tadi . 
'' malas atok nak beli . mahal sangat ..'' kata orang tua itu .
Aliq mulai sebak . air mata nya mula bergenang . ' rupanya masih ada orang yang susah dari aku '
'' atok ada lima ringgit je nak . dah abis buat beli makanan . kalau atok beli selipar makin sikit duit atok '' tambah orang tua itu lagi . Aliq menjadi sebak . namun hanya di tahan . 
'' kmu asal diam ni ? anak ni umur berapa ?'' tanya orang tua
'' 17 tok . SPM tahun ni .'' jawab Aliq dengan air mata yang hampir jatuh menitis .
'' owhh .. mesti belajar bagus2 nak ..''
'' sya ni xpandai tok . sya slalu yang terakhir dalam kelas . sya xpernah llus dalam peperiksaan spnjang sya bljar ni tok ..'' jawab Aliq hambar . orang tua itu hanya diam . tersenyum . bangkit rasa kasih sayangnya terhadap orang tua itu seolah-olah kasih sayang seorang cucu terhadap datuknya .
'' dah lewat nii . anak xmau balik ke ?'' kata orang tua itu .
'' ye laa tok . sya blik dulu tpi boleh x sya dtg lgi ?'' tanya Aliq penuh harapan .
'' boleh ..'' jawab orang tua itu . Aliq tersenyum riang . dia mencapai basikalnya . Aliq patah balik lalu melepaskan seliparnya.
'' nah atok . sya bgi selipar ni kat atok .'' Aliq menghulur seliparnya sambil tersenyum .
'' kalau anak nk bgi selipar kat atok boleh , tapi anak mesti llus dalam SPM nnti baru atok terima selipar dri anak .'' orang tua itu menolak lalu masuk ke dlam rumah . Aliq hairan lalu memakai semula seliparnya lalu beredar . pada malam itu Aliq hanya teringat pada orang tua itu . Aliq benar2 ikhlas hendak menolong orang tua itu . jadi dia berazam untuk belajar bersungguh-sungguh untuk llus SPM dan dpat menghadiahkan orng tua itu selipar baru .

beberapa bulan berlalu , Aliq sering mengunjungi orang tua itu . namun , dia xpernah llus dalam setiap ujian di sekolahnya . itu merisaukan Aliq namun dia tidak berputus asa .hari semakin berlalu . dalam tidak sedar , kputusan SPM pun telah keluar . keputusannya agak baik . Aliq mendapat 2a 5b 1c . Aliq terkejut bercampur gembira .tanpa berlengah masa , Aliq mengayuh basikalnya menuju kerumah orang tua itu bersama dengan selipar jepun baru yang dijanjikan . stelah sampai di perkarangan rumah orang tua itu terdapat ramai orang di dalam rumah tersebut .Aliq dapat merasai sesuatu yang buruk telah berlaku . Aliq berlari sambil menjinjing sebungkus plastik yang berisi selipar jepun . 
''ATOK ! atok ! Aliq dah dtg tok ! Aliq llus SPM .. aliq ada bawa hadiah untuk atok .. selipar , tok . lepas ni atok xpayah nak berkaki ayam lg tok . atok! '' raung Aliq tanpa memperdulikan pandangan mata-mata orang kampung yang datang . Orang tua itu telah meninggal dunia . tak ada apa yang Aliq boleh buat selain menangis .

''atok dah xda .. terima kasih tok . kerana atok sya mahu berusaha . kerana selipar sya dapat mengubah hidup sya .''

No comments:

Post a Comment